Saturday 29 March 2014

Harimu .

pagi seperti biasa.



" mengantuknyaa.. " keluhan dilepaskan.

tahan mata. tak elok tidur lepas subuh lerr.
aipp. legend mana tidur lepas subuhhh. kan?

dicapai novel kegemaran.
" a'alaaaa. boringnyes.. " novel kegemaran pun dah berhabuk.
lama tak baca novel. mana taknyaaa, mem'busy' dengan kerja.
*double poyos

orang bekerjayalah katakan. eheh.

tiba-2 rasa nak usha kalender jap.
tak lama lagi, nak masuk bulan4 dah kan.

" pantas masa berlalu meninggalkan kita semuaaaa,
tanpa disedari bertambahlah usia kitaaaa,
potret lama masih ku simpan,
ku bingkaikan kenangan,
hingga membuatku tersenyum sendirian... " *menyanyi sendiri

ehhhhhh jap. mata dibesarkan. mulut terngaga.
tangan... buat peace.

30 March 2014
*zoom in tarikh today*
apa semua niii?


Aku almost lupa.
eleh, mana lupa sebenarnyaaaa.

hekhek.
sengih. gelak. sengih balik.
*sakit agaknya


epic
cc : nadiaJ


elehhh. eleh.

sengaja epic-2 sikit. hehe.
okay selamat pagi to nadiaJ.
mari menyanyi sebelum membaca.
haha. 


sengeil chukka hamnida.
sengeil chukka hamnida.
sengeil chukka hamnidaaaaaaa.
sengeil chukka hamnidaaa ^^

picaf sudah besar gamaknyaaa.
sudah real 8teen. okay apa yg perlu dibanggakan?
i/c kena renew. haha.

tahniahhh! berjaya dalam spm. *tetiba
berjaya menempuh kesukaran dugaan cabaran selama 17tahun.
semoga menjadi hamba Allah yg sentiasa tabah.
lalala. picaaaaa, thanks for everything selama berkenalan.

ecece, di Matri sewajibnyaaaa.
minta maaf diatas segala kekurangan gue.
yaaa, gue jugak manusia deh. hahah.
janganlah terharu sangat :P
hadiahnyaaaaa, kau sentiasa berada dalam doaku. hihi.

future princess *twitter,
jadi anak solehah, anak yg taat,
sahabat yg omeyyy ngat, isteri yg setia cecewah,
ibu yg pnyayanggg haha.
dan paling penting,
hamba Allah yg sentiasa bersyukur.
semoga sentiasa dalam jagaan Allah.
yepp? AllahummaAmin :)

ni ada lagu untuk picaf,
http://www.youtube.com/watch?v=kdC6VY3kHh4
*sila copy dan paste sendiri*
suprise! bhaha.

sawit selalu. omeyyy ngat. mungkin?
macam sayang jeh. haha. 
sayang sampai syurga wehh.

*yg lain, jangan jelly. bhaha.
nantikan harimu akan dtg yerkkk ;D



Moga Allah redha.

Wednesday 26 March 2014

Ajar Aku Redha .


*senyum lebar*


  le copying 
cc : angel sayang


Malam masih muda.WhatsApp masih riuh.

Da'ie-to-be memang banyak celotehnya.
aku tak kering gusi. tersengih-sengih sensorang.
yaaaa. ini cara mengubat hati yang lara. ecehh.

macam poyos.

                                          

                                          *******************************************


tak lama. baru sangat. masih fresh.
tak hilang dari ingatan. mana mungkin?
throwback. 


" Result amacam tyah? "


" Straight A's ehhh? woooooo. "


" Tyah ennn pandaii. omeyyyy ngaaatt. "


" Shoooort, 5tahun lagiiii! " 
*aipppp, yang ni kaitan -,-



terlalu perit.
menyakitkan. sadis dan sedih?
mungkin juga hilang keyakinan.

legend jatuh.



semagat melayang jauh.

mana tyahthelegend yang tuff tu ? 
dia macam nak lari jauh dari kekusutan yang melanda.

semuanya musnah.
impian tak menjadi kenyataan. hati meruntun hiba.
Allah uji.

mujur tak rebah saat result bertukar tangan.
" betul ke semua ni? " hati bermonolog sendiri.

yes. bahu sahabat jadi tempat bersandar.
aku menangis bukan tak redha.

sedih. rasa usaha sia-sia. mak ayah. mereka pasti kecewa.


                                 *************************************************** 





le owner



aku tak balik bangi terus.
pujuk hati. duduk rumah sahibah.

hmmm.
hati terubat sedikit sebanyak. celoteh si comel buat aku hilang duka.

aku tak mampu nak ingat balik apa yang berlaku semalam dan semalam.
cuma air mata yang berbicara.

saat mereka merasakan keputusan yang diperoleh belum cukup cemerlang.
aku rasa terpinggir.

semua jadi fake. dimana aku letak Allah dalam hati aku masa tuh?
aku takut hilang pertimbangan. keadaan nampak terkawal.
mungkin tak ada lagi yang menambah tekanan.

dan masa pula semakin singkat.

sedih nak berpisah dengan sahabat.
yes. kau pernah rasa kan?

" Ukhuwah itu lebih dirasai ketika ingin berpisah. "


akan bertemu lagi nanti.
aku yakin.

*******************************************

" ayah cuba redha dgn apa yang kakak dapat. ayah kecewa dengan kakak. "


" kalau stay sekolah lama, confirm cemerlang. "


" jauh-jauh banyak main. tak focus. "


ahhh. aku pekakkan telinga.
saaaaakitnya Allah saja tahu.

aku ambil masa yang lama untuk redha. Allah uji aku lagi.
aku tak kuat.


" kakak stay dengan kak sara. taknak balik. "
sedih. sebak.

aku terima semua ni. 
aku tahan. seka airmata banyak kali.

depan kak sara, aku buat biasa.
ahh, ditanya lagi tentang result.

Allah, kuatkanlah. 
nada suara bergetar. egoku tinggi.
aku tak menangis lansung.

kerja seperti biasa.



***************************************************


malam menjelma.
tak mampu tahan lagi.

depan lappy aku nangis. rasa jauh sangat dengan Allah.
kenapa susah sangat aku nak redha.

rasa macam ujian ni terlalu berat untuk aku.
aku tak mampu.

aku cari sahibah-2 aku.
mereka concern. lebih daripada bahagia bila didampingi mereka.




tersentap tetiba.
Allah would never put you in situation you could not handle.

Allah lagi tahu kann tyah.
Allah tahu aku mampu. Aku merancang.
Allah juga telah merancang. Siapa yang cipta aku?

semestinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
ada yang lebih baik daripada apa yang Allah susun?

ofcoz takde. Allah bagi yang kita perlu.
bukan yang kita mahu. *angel

banyak advice sahabat2 aku bagi.
mereka sayap kiri. aku rebah tanpa Allah dan mereka.

ya Rahman, pinjam sifat Al-QawiyMu.
semoga aku terus teguh diatas medan Dakwah.

teguh menongkah mehnah.
segalanya datang dari Allah.





 


legend bangkit.

jatuh. tapi tak tersungkur!
Allah with me. Everything gonna be alright.

salam sayang fillah semua 19united of Matri.
doakan aku kuat.
sayang sangat sampai syurga.

Moga Allah redha.


Saturday 1 March 2014

Strong .



le copy-ing
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar


malam sepi .
lalu hati bermonolog sendiri .


aku rimas . serabut . berkecamuk .
rimas bila teringat dosa lalu . benci yang sukar ditafsir .

rasa macam bayangan dosa tu sentiasa menghantui diri .
masih terbayang-bayang .
masih terngiang-ngiang .

ahh dosa tak perlu di flashback . bukan untuk dikenang-kenang !
rasa diri bodoh .

bazirkankan waktu dengan perkara sia-sia .
hari berlalu , kematian mendekati , tapi persiapan seolah tiada .

seolah mati masih jauh .


" aku jauh dari kau bukan sebab benci . "

aku benci dosa tu . kau bagi aku masa . 
aku pandang kau nampak cerita lama . argh .

kau pun manusia . kelemahan pasti ada .
aku faham . tapi apakan daya .

hati ini sakit hakikatnya .
kau faham apa itu kecewa ?

luka mungkin boleh sembuh . tapi parut masih ada .

*tumbuk dinding



****************************************


hakikat hidup yang Allah aturkan , tak pernah sepi dengan ujian , nilah medan dakwah yang sebenar , bukan dibentangi karpet merah . tapi duri-duri yang tajam . dari ujian yang Allah beri , terselitnya hikmah yang kita sendiri tak tahu . Allah bukan uji kita dengan kepayahan sahaja , saat kemewahan membuat diri semakin jauh dari Allah . ketahuilah , itu merupakan satu ujian juga .

ketika ditimpa masalah .

Kembali Pada Allah

yes , this is the right way . cara nak selesaikan masalah bukan about how lajunya kita lari daripada masalah tu . tapi tentang cepatnya sensitiviti hati untuk dekat dengan Allah dan bertaubat . Allah 24/7 sentiasa ada untuk kita . masalah yang timbul kadang-2 berpunca daripada dosa yang kita lakukan . mengadu pada Allah . Allah Maha Mendengar .

dari Anas bin Malik , bahawa Rasulullah bersabda :

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ
“ Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan . Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat . ” ( H.R. Ibnu Majah )

Jelas . 
manusia memang tidak lari daripada khilaf dan dosa .
pengampunan Allah seluas lautan .
sedang manusia masih teragak-agak membuat pilihan . masih berkira-kira . nak bertaubat sekarang atau lusa . pintu taubat masih terbuka luas . tapi awas , kematian tak menunggu . tidak mengira waktu . apabila sampai masanya , maka malaikat Izrail akan melaksanakan tugasnya . saat itu , taubat sudah tidak bermakna .
*tangan sejuk
Taubat .
taklah sebatas usaha seorang hamba untuk memohon keampunan dari Allah , tapi taubat adalah termasuk ibadah agung dan mulia di sisi-Nya . sebab perbuatan taubat itu merupakan perintah dari Allah . 
Allah berfirman :
“ Wahai orang-orang yang beriman , bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya .. ” ( At Tahrim : 8 )
Taubat juga merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah . Allah sangat gembira melihat hamba-Nya yang setiap kali terjatuh dalam dosa dan kesalahan , lalu dia segera bertaubat .
Sabda Nabi :
َللهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ إِذَا اسْتَيْقَظَ عَلَى بَعِيْرِهِ قَدْ أَضَلَّهُ بِأَرْضِ فَلاَةٍ
“ Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali . ” ( H.R. Muslim )

***************************************

waktu Dhuha yang tenang . redup .
whudu' masih basah . takbiratul ihram diangkat . niat meniti bibir .
dihayati setiap rukun fi'li dan qaulinya .
saat meneruskan rakaat kedua setelah bacaan Al-Fatihah selesai , surah Ad-Dhuha menjadi pilihannya . 
pada ayat ketiga , fikiran buntu . ayat itu hilang . dia terlupa sehingga tepaksa berulang kali membaca ayat pertama dan kedua . akhirnya , bertukar kpd surah yg lain .
setelah salam kedua dilakukan .
cepat-2 dia mencari Al-quran . risau . surah Ad-Dhuha ? surah pendek mula hilang daripada mindanya ? mungkinkah ini hijab kerana dosanya yang menggunung tinggi ?
saat helaian Al-quran yg ke 596 dibuka . matanya tertumpu pada ayat ketiga surah Ad-Dhuha , lirik mata mencari maksud ayat tersebut .
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
"Dan Tuhanmu tidak meninggalkan engkau , dan tidak pula membencimu ."

dia tersentap . perlahan air matanya mengalir . ada hikmah Allah bagi dia lupa . selama ni dia tak pernah hayati maksud surah Ad-Dhuha . ya , Allah tak pernah tinggalkan hambaNya .
dia terus sujud .
rasa dekat . bicara dalam sendu . merasai pelukan Mahabbah dari RabbNya . air matanya semakin deras mengalir .
dia bersujud lama .
mengharap ampunan dari IlahNya .

************  *  ************

moga Allah redha .