Saturday 27 December 2014

keep sado

Assalamualaikum dari warga pantai timur. *acah2

Masih pagi, jadi selamat pagi ku ucapkan! 

ya Allah, ku syukuri nikmatMu sehingga saat ini mampu lagi membuka mata,
bernafas dgn udaraMu, berpijak diatas bumiMu, masih mendakap dua nikmat terbesar
kurniaanMu, Iman dan Islam, Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Jauh.

merenung pintu DKB, kosong dan terhalang.

yaa, saya bukan di rumah.
tetapi, di kolej tercinta. masyaAllah. hihi.

indah aturan ilham manusia, indah lagi aturan Allahku.

semua ni pegalaman baru beb,
baru wehhh. BARU. haha.

aku tak mengadu semua kat umi.
umi pon nak aku berdikari.

alhamdulillah nasib kami pon masih baik,
tak boleh bayang nasib mereka yg Allah uji lebih sikit dari kami.
hmmmm.

moga mereka tabah.

semestinya. mereka kuat. Allah ada.












yg kat rumah doakan kamikat sini! heeee
moga terus sado weh!
moga Allah redha.


Sunday 14 December 2014

missing !

aku kat rumah yo.

hi back. sesaja update banyak2. hehehe.
actually, hey fathiah, macamana anda bisa berada di rumah sedangkan ianya bukan 
waktu cuti?! *hehehe 
cuti tak halal ni.

nanti jap, i've my own reason hokayyy.
ada kenduri sepupu ke dua pupu gitu. hihi.
sebenarnya teman yana balik, hmmm yana jaga ayahnya.
shafahullah, pkck zakaria.

harini first day, first class untuk sem2.
hehe bukan selalu wat gini, takpee dok sekali sekala?
aku tahu ramai rindu aku perasannya kan?

hmmmm dari petang tadi, aku throwback sensorang.
saja kemas barang2 lama.
nak moving kannn.
macam2 laaa pulak aku jumpa, 

surat gaduh manja dengan girlfriends, hadiah dari fans, hahaha perasan!
maksud aku hadiah dari shbt2 junior senior hehehe ajeeet!
buku nota aku yg banyak gilaaa tu. diary lelama masa tak matang dulu. haha.
hmm aku rinduuuu wehh.
aku tak tipu. serious rindu.

rindu MATRI. huehueeeee.

2tahuntu tak lama. tapi cukup bermakna.
sangat.

sekarang semua dah jejauh.
ada je yg dekat hehehe sajaaa rindu gak.
haha ada masa time cuti, keluar sesamaa lepas rindu.
tapi bila balik rumah, rindu balik. hahaha dedederamaa. *athirah

mana ada aku menangis malam2 cenggini.
haha mata masuk habuk maybe?  

fathiah gedik.
thanks sahabat kerana mencipta memori!

sayang sampai syurga.
mean it, inshaAllah.  

moga Allah redha :) 


 

sekian lama

lamanyaaa tak update blog.

hehe. sebab sayang nucai, aku update dah tadi.
ngehehe.

atas kesibukan yg melanda,
pejam celik, aku dah sem2 dah kat KTD.

berlalu sudah sem1. fuuu.

senyum.

masa berlalu pantas sangat. tak sempat nak rakam segala memori.
takpaaa, semua tersemat dalam hati dan minda doee.
hahaha. masyaAllah poyos benarr.

sebab terlalu banyak suka duka gelak ketawa nangis bersin lompat semua,
takleh nak list satu2. 

terima kasih Allah, sampai saat ni Allah pinjamkan nafas.
tanpa berbayar untuk setiap saat.
syukuri nikmat ini, alhamdulillah.

sampai hari ni, Allah beri nikmat merasai Iman dan Islam.
nikmat terbesar. Allahu.

hmmmm, ujian ni indah kan?
indah, sebab Allah sayang, lalu Allah uji. 

tabahlah hati,
menghadapi segala ujianMu ya Allah.

aku taknak futur. moga Allah ampunkan dosaku dan dosa2 sahabat2ku.
aminn.

Moga Allah redha.

Nucai's

Detiknya dah tiba.

malam sepi. aku tak endah.

maaf tak berada disampingmu menyanyikan lagu2 indah.
dari kejauhan beratus kilometer ini,
hanya jasad yg berpisah.

hati tetap bersatu. *poyo

wahai sahabat syurga, Nusaibah Nazurah bt Osman,

hadirmu bawa seribu erti,
sudilah kiranya utk menjadi sayap kiri dalam perjuangan hamba di kolej tarbiyyah dakwah,
sama2 jatuh bangun berlari,
kejar mimpi sampai syurga nanti.

sawit tak? hahaha.

sanah helwah sayangku nusaibah.
besaq dah diaaaaaa. walaupun aku besar dulu, welcome to geng 18 yg real xD
haha. 15 disember 2014 ini, bersaksilah bahawa nusaibah sudah 18tahun menjadi hambaNya di atas muka bumi ini dengan tugas sebagai seorang khalifah.
tabahlah sahabat, andai Allah mencuit syg dengan ujian yg diberikan kepadamu.
kuatlah sahabat, andai jalan ini lebih sukar drpd yg difikirkan akal.
stay strong, sebab Allah lebih dekat denganmu drpd urat nadi.

semoga Allah memberi 1000 hikmah drpd setiap ujian yg diberikan,
semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmatNya keatasmu,
semoga menjadi anak solehah, permata ayah bonda, pelajar yg cemerlang syakhsiah dan berilmu,

maafkan segala kesalahan kekurangan dan khilaf sepanjang perkenalan,
halalkan segalanya yg pernah diberikan,

tyah sayang nusai kerana Allah.
uhibbukifillah abadan abada.

sampai syurga, insyaAllah.
moga Allah redha :) 



  

Saturday 29 March 2014

Harimu .

pagi seperti biasa.



" mengantuknyaa.. " keluhan dilepaskan.

tahan mata. tak elok tidur lepas subuh lerr.
aipp. legend mana tidur lepas subuhhh. kan?

dicapai novel kegemaran.
" a'alaaaa. boringnyes.. " novel kegemaran pun dah berhabuk.
lama tak baca novel. mana taknyaaa, mem'busy' dengan kerja.
*double poyos

orang bekerjayalah katakan. eheh.

tiba-2 rasa nak usha kalender jap.
tak lama lagi, nak masuk bulan4 dah kan.

" pantas masa berlalu meninggalkan kita semuaaaa,
tanpa disedari bertambahlah usia kitaaaa,
potret lama masih ku simpan,
ku bingkaikan kenangan,
hingga membuatku tersenyum sendirian... " *menyanyi sendiri

ehhhhhh jap. mata dibesarkan. mulut terngaga.
tangan... buat peace.

30 March 2014
*zoom in tarikh today*
apa semua niii?


Aku almost lupa.
eleh, mana lupa sebenarnyaaaa.

hekhek.
sengih. gelak. sengih balik.
*sakit agaknya


epic
cc : nadiaJ


elehhh. eleh.

sengaja epic-2 sikit. hehe.
okay selamat pagi to nadiaJ.
mari menyanyi sebelum membaca.
haha. 


sengeil chukka hamnida.
sengeil chukka hamnida.
sengeil chukka hamnidaaaaaaa.
sengeil chukka hamnidaaa ^^

picaf sudah besar gamaknyaaa.
sudah real 8teen. okay apa yg perlu dibanggakan?
i/c kena renew. haha.

tahniahhh! berjaya dalam spm. *tetiba
berjaya menempuh kesukaran dugaan cabaran selama 17tahun.
semoga menjadi hamba Allah yg sentiasa tabah.
lalala. picaaaaa, thanks for everything selama berkenalan.

ecece, di Matri sewajibnyaaaa.
minta maaf diatas segala kekurangan gue.
yaaa, gue jugak manusia deh. hahah.
janganlah terharu sangat :P
hadiahnyaaaaa, kau sentiasa berada dalam doaku. hihi.

future princess *twitter,
jadi anak solehah, anak yg taat,
sahabat yg omeyyy ngat, isteri yg setia cecewah,
ibu yg pnyayanggg haha.
dan paling penting,
hamba Allah yg sentiasa bersyukur.
semoga sentiasa dalam jagaan Allah.
yepp? AllahummaAmin :)

ni ada lagu untuk picaf,
http://www.youtube.com/watch?v=kdC6VY3kHh4
*sila copy dan paste sendiri*
suprise! bhaha.

sawit selalu. omeyyy ngat. mungkin?
macam sayang jeh. haha. 
sayang sampai syurga wehh.

*yg lain, jangan jelly. bhaha.
nantikan harimu akan dtg yerkkk ;D



Moga Allah redha.

Wednesday 26 March 2014

Ajar Aku Redha .


*senyum lebar*


  le copying 
cc : angel sayang


Malam masih muda.WhatsApp masih riuh.

Da'ie-to-be memang banyak celotehnya.
aku tak kering gusi. tersengih-sengih sensorang.
yaaaa. ini cara mengubat hati yang lara. ecehh.

macam poyos.

                                          

                                          *******************************************


tak lama. baru sangat. masih fresh.
tak hilang dari ingatan. mana mungkin?
throwback. 


" Result amacam tyah? "


" Straight A's ehhh? woooooo. "


" Tyah ennn pandaii. omeyyyy ngaaatt. "


" Shoooort, 5tahun lagiiii! " 
*aipppp, yang ni kaitan -,-



terlalu perit.
menyakitkan. sadis dan sedih?
mungkin juga hilang keyakinan.

legend jatuh.



semagat melayang jauh.

mana tyahthelegend yang tuff tu ? 
dia macam nak lari jauh dari kekusutan yang melanda.

semuanya musnah.
impian tak menjadi kenyataan. hati meruntun hiba.
Allah uji.

mujur tak rebah saat result bertukar tangan.
" betul ke semua ni? " hati bermonolog sendiri.

yes. bahu sahabat jadi tempat bersandar.
aku menangis bukan tak redha.

sedih. rasa usaha sia-sia. mak ayah. mereka pasti kecewa.


                                 *************************************************** 





le owner



aku tak balik bangi terus.
pujuk hati. duduk rumah sahibah.

hmmm.
hati terubat sedikit sebanyak. celoteh si comel buat aku hilang duka.

aku tak mampu nak ingat balik apa yang berlaku semalam dan semalam.
cuma air mata yang berbicara.

saat mereka merasakan keputusan yang diperoleh belum cukup cemerlang.
aku rasa terpinggir.

semua jadi fake. dimana aku letak Allah dalam hati aku masa tuh?
aku takut hilang pertimbangan. keadaan nampak terkawal.
mungkin tak ada lagi yang menambah tekanan.

dan masa pula semakin singkat.

sedih nak berpisah dengan sahabat.
yes. kau pernah rasa kan?

" Ukhuwah itu lebih dirasai ketika ingin berpisah. "


akan bertemu lagi nanti.
aku yakin.

*******************************************

" ayah cuba redha dgn apa yang kakak dapat. ayah kecewa dengan kakak. "


" kalau stay sekolah lama, confirm cemerlang. "


" jauh-jauh banyak main. tak focus. "


ahhh. aku pekakkan telinga.
saaaaakitnya Allah saja tahu.

aku ambil masa yang lama untuk redha. Allah uji aku lagi.
aku tak kuat.


" kakak stay dengan kak sara. taknak balik. "
sedih. sebak.

aku terima semua ni. 
aku tahan. seka airmata banyak kali.

depan kak sara, aku buat biasa.
ahh, ditanya lagi tentang result.

Allah, kuatkanlah. 
nada suara bergetar. egoku tinggi.
aku tak menangis lansung.

kerja seperti biasa.



***************************************************


malam menjelma.
tak mampu tahan lagi.

depan lappy aku nangis. rasa jauh sangat dengan Allah.
kenapa susah sangat aku nak redha.

rasa macam ujian ni terlalu berat untuk aku.
aku tak mampu.

aku cari sahibah-2 aku.
mereka concern. lebih daripada bahagia bila didampingi mereka.




tersentap tetiba.
Allah would never put you in situation you could not handle.

Allah lagi tahu kann tyah.
Allah tahu aku mampu. Aku merancang.
Allah juga telah merancang. Siapa yang cipta aku?

semestinya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
ada yang lebih baik daripada apa yang Allah susun?

ofcoz takde. Allah bagi yang kita perlu.
bukan yang kita mahu. *angel

banyak advice sahabat2 aku bagi.
mereka sayap kiri. aku rebah tanpa Allah dan mereka.

ya Rahman, pinjam sifat Al-QawiyMu.
semoga aku terus teguh diatas medan Dakwah.

teguh menongkah mehnah.
segalanya datang dari Allah.





 


legend bangkit.

jatuh. tapi tak tersungkur!
Allah with me. Everything gonna be alright.

salam sayang fillah semua 19united of Matri.
doakan aku kuat.
sayang sangat sampai syurga.

Moga Allah redha.


Saturday 1 March 2014

Strong .



le copy-ing
Subhanallah . Alhamdulillah . Allahuakbar


malam sepi .
lalu hati bermonolog sendiri .


aku rimas . serabut . berkecamuk .
rimas bila teringat dosa lalu . benci yang sukar ditafsir .

rasa macam bayangan dosa tu sentiasa menghantui diri .
masih terbayang-bayang .
masih terngiang-ngiang .

ahh dosa tak perlu di flashback . bukan untuk dikenang-kenang !
rasa diri bodoh .

bazirkankan waktu dengan perkara sia-sia .
hari berlalu , kematian mendekati , tapi persiapan seolah tiada .

seolah mati masih jauh .


" aku jauh dari kau bukan sebab benci . "

aku benci dosa tu . kau bagi aku masa . 
aku pandang kau nampak cerita lama . argh .

kau pun manusia . kelemahan pasti ada .
aku faham . tapi apakan daya .

hati ini sakit hakikatnya .
kau faham apa itu kecewa ?

luka mungkin boleh sembuh . tapi parut masih ada .

*tumbuk dinding



****************************************


hakikat hidup yang Allah aturkan , tak pernah sepi dengan ujian , nilah medan dakwah yang sebenar , bukan dibentangi karpet merah . tapi duri-duri yang tajam . dari ujian yang Allah beri , terselitnya hikmah yang kita sendiri tak tahu . Allah bukan uji kita dengan kepayahan sahaja , saat kemewahan membuat diri semakin jauh dari Allah . ketahuilah , itu merupakan satu ujian juga .

ketika ditimpa masalah .

Kembali Pada Allah

yes , this is the right way . cara nak selesaikan masalah bukan about how lajunya kita lari daripada masalah tu . tapi tentang cepatnya sensitiviti hati untuk dekat dengan Allah dan bertaubat . Allah 24/7 sentiasa ada untuk kita . masalah yang timbul kadang-2 berpunca daripada dosa yang kita lakukan . mengadu pada Allah . Allah Maha Mendengar .

dari Anas bin Malik , bahawa Rasulullah bersabda :

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَ خَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُونَ
“ Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan . Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat . ” ( H.R. Ibnu Majah )

Jelas . 
manusia memang tidak lari daripada khilaf dan dosa .
pengampunan Allah seluas lautan .
sedang manusia masih teragak-agak membuat pilihan . masih berkira-kira . nak bertaubat sekarang atau lusa . pintu taubat masih terbuka luas . tapi awas , kematian tak menunggu . tidak mengira waktu . apabila sampai masanya , maka malaikat Izrail akan melaksanakan tugasnya . saat itu , taubat sudah tidak bermakna .
*tangan sejuk
Taubat .
taklah sebatas usaha seorang hamba untuk memohon keampunan dari Allah , tapi taubat adalah termasuk ibadah agung dan mulia di sisi-Nya . sebab perbuatan taubat itu merupakan perintah dari Allah . 
Allah berfirman :
“ Wahai orang-orang yang beriman , bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya .. ” ( At Tahrim : 8 )
Taubat juga merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah . Allah sangat gembira melihat hamba-Nya yang setiap kali terjatuh dalam dosa dan kesalahan , lalu dia segera bertaubat .
Sabda Nabi :
َللهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ إِذَا اسْتَيْقَظَ عَلَى بَعِيْرِهِ قَدْ أَضَلَّهُ بِأَرْضِ فَلاَةٍ
“ Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali . ” ( H.R. Muslim )

***************************************

waktu Dhuha yang tenang . redup .
whudu' masih basah . takbiratul ihram diangkat . niat meniti bibir .
dihayati setiap rukun fi'li dan qaulinya .
saat meneruskan rakaat kedua setelah bacaan Al-Fatihah selesai , surah Ad-Dhuha menjadi pilihannya . 
pada ayat ketiga , fikiran buntu . ayat itu hilang . dia terlupa sehingga tepaksa berulang kali membaca ayat pertama dan kedua . akhirnya , bertukar kpd surah yg lain .
setelah salam kedua dilakukan .
cepat-2 dia mencari Al-quran . risau . surah Ad-Dhuha ? surah pendek mula hilang daripada mindanya ? mungkinkah ini hijab kerana dosanya yang menggunung tinggi ?
saat helaian Al-quran yg ke 596 dibuka . matanya tertumpu pada ayat ketiga surah Ad-Dhuha , lirik mata mencari maksud ayat tersebut .
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
"Dan Tuhanmu tidak meninggalkan engkau , dan tidak pula membencimu ."

dia tersentap . perlahan air matanya mengalir . ada hikmah Allah bagi dia lupa . selama ni dia tak pernah hayati maksud surah Ad-Dhuha . ya , Allah tak pernah tinggalkan hambaNya .
dia terus sujud .
rasa dekat . bicara dalam sendu . merasai pelukan Mahabbah dari RabbNya . air matanya semakin deras mengalir .
dia bersujud lama .
mengharap ampunan dari IlahNya .

************  *  ************

moga Allah redha .


Saturday 22 February 2014

Just A Moment .



 le copy-ing 


Glory be to Allah and All Praise be to Him 


Alhamdulillah .
Lafaz Tahmid meniti bibir .

masih hangat terasa .

Aku tak pasti perasaan ni . perasaan apa ?
rasa terisi . rasa seronok . 

mungkin tak semua rasa . atau semua dah biasa ?
ahh aku sentap dengan ayat ni ,

" Jangan sampai kamu merasakan Tarbiyah itu perkara biasa. "

mungkin dah terlalu lali . family berfikrah ?
tiap malam dok dalam usrah or halaqah ?
sejak kecik dah hafal mathurat ? al-mulk jadi amalan harian ?
tapi tuh lah , bukan mudah . 

melafazkan memang senang . praktikal , jauh dari andaian .

Iman memang selalu goyah . yazid wa yanqus .
kena islah diri supaya rasa tarbiyah always important .
bukan biasa-2 .

ayat yang biasa didengari .

" Tarbiyah bukan segala2nya , tapi segala-2nya BERMULA dengan Tarbiyah. "

dah tepu and muak ? dah hadam sampai lekat kat hati ?

tembak doa banyak-2 . bukan untuk orang lain . 

tembak tepat kat diri sendiri .
ah aku risau bila hati mati . semua nampak indah . 

dah takde tamayyuz lansung .

kosong . zero . 
ni untuk diri aku sendiri .

" halaqah/usrah adalah terapi jiwa. "


aku terjumpa ayat ni . er shoot tepat kat jiwa ni .
boleh kira , lama dah aku tinggal halaqah ny .

ijtima' mungkin ikut . tapi tu umum .
aku tak tahu nak terangkan camne ,
tapi , ada something special kat bulatan ceria tuh .

berkongsi . saling nasihat-menasihati .
bertukar cerita dan pendapat . taaruf sentiasa berjalan .

buat aku tak sabar dan ternanti-2 . *so sawit

" Maka Dia Allah telah mengilhamkan pada setiap jiwa itu jalan kejahatan dan
ketaqwaan. Sungguh beruntunglah mereka yang membersihkan jiwa itu. Dan 
sungguh rugilah mereka yang mengotorinya. "
( Asy-syams 91:8-10 )

buatlah apa-2 yang kamu suka .
yang penting , Allah redha . sentap .




moga Allah redha .

Tuesday 18 February 2014

A little " Advice " .



Assalamualaikum pembuka bicara ^^

buat yang jauh mahupun dekat .
Moga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah .
orang selaluuu kata , 

" Jauh di mata , dekaaat di hati ^^ "

kan kann ?
pehh peh rindu ni tak mampu diungkap lahh wehh .
menghitung hari nak bertemu lagi . huk2 .
sometimes sampai termimpi-2 .
*macam over*

dari kejauhan ini ,
*yang dekat , jauh jugak rumah kita enn ? 
*kena naik kereta enn en ? *sengih

aku sentiasa mendoakan kalian .
tak pernah lupa . insyaAllah .
ahh . hidup yang Allah atur ni penuh misteri kan ^^
bahagia dan duka silih berganti .

bukan Allah sembunyikan mentari selamanya ,
masa kita dok nangis tersedu-2 dan tak berlagu tuh ,
Allah hadirkan pelangi yang kita tak pernah sangka akan muncul ,

then , 
masa tuh , kita say thankss ya Allah ! :')
ujian yang dirasakan berat tadi , hilang sekelip mata .
dah kata , aturan Allah hebat , kita sendiri tak boleh jangka kan ;)

always tajdid niat , and paling penting ,
bersangka baik dengan Allah ^^

Allah berfirman :

" Aku berada dalam sangkaan hamba-2Ku . "
Hadith Qudsi .

The way you think ,
bilamana Allah bagi ujian yang dirasakan berat tuh ,
masa tuh lah Allah berada dalam sangkaan kita ,
Allah dah bagi clue tuh ,
ikhlaskan hati , usaha , tawakkal , taqwa ,
semua syarat-2 mesti dijaga ,

jangan meragui bantuan dan pertolongan Allah ,
sungguh , tiada keraguan bagiNya ,

ingat , Allah uji kita ikut kemampuan hamba-2Nya ,

" dan jangan kamu berasa lemah , padahal kamu paling tinggi darjatnya , jika kamu bertaqwa ^^ "
Ali Imran : 139

nilah mahar kita ,
kita nak syurga Allah yang tak terbayang indahnya dek fikiran ,
tapi dok mengeluh laaaa panjang-2 bila Allah uji sikit ,
cuba kita bandingkan ujian yang Allah berikan kpd kita dgn 
ujian untuk mereka yg sedang berjuang nak tegakkan Deen Allah tu ><
double triple berbeza kann . Allahu .
mereka kuat , sebab mereka sangka baik dengan Allah .
hati mereka , jiwa dan jasad mereka ,
sentiasa meletakkan Allah yg pertama ,

" apakah kamu mengaku kamu beriman , sedangkan kamu belum diuji ? "
Ali Imran : 104

ujian tuh mahar kita ke sana ^^


" ya Rahman , sungguh , aku tak layak ke syurgaMu , 
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu . "

Na'uzubillahiminzalik ><
*jauhi kami dari azab nerakaMu*
AllahummaAmin .



rasa tak sanggupp sangat . Allahu .

Mukmin itu , 
sentiasa berpesan pada kebenaran dan kesabaran .

sama-2 lengkap-melengkapi antara satu sama lain .
kata lain ? takmil wa istikmal kann ^^

this is sooo sawit . hikhik .
*ayat normal ;)

" Jagalah Allah , Allah menjagamu . "

moga Allah redha .